Persepsi Komuniti Setempat Terhadap Informasi Kolej
Komuniti Gerik
Hazila Shaharuddin1,
Mohd Azli B Adnan2 & Raihan Mokti3
23-23 Jun,Politeknik Seberang Perai
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan
mengenalpasti persepsi komuniti terhadap informasi mengenai Kolej Komuniti
Gerik. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan
menggunakan borang soal selidik. Seramai 70 orang responden telah dipilih dari
daerah Hulu Perak yang terdiri daripada zon Lenggong, Pengkalan Hulu dan Gerik
melalui kaedah persampelan rawak. Kaedah pengumpulan data dijalankan dengan
menggunakan borang soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences
(SPSS). Dapatan kajian mendapati informasi
mengenai laluan kerjaya tidak diperolehi
secara keseluruhan oleh komuniti setempat. Elemen laluan kerjaya selepas tamat
pengajian di kolej komuniti adalah perlu diberi penekanan semasa menyampaikan
info publisiti kepada masyarakat.
Kata Kunci : Komuniti setempat, Kolej Komuniti Gerik, laluan kerjaya
No comments:
Post a Comment