kami menjual air zamzam 10 liter terus kerumah.penghantaran pos adalah percuma.paling terkini kami juga mempunyai homestay di simpang tiga Parit...kepada yang ingin kenduri,hantar anak ke MRSM Parit...bolehlah singgah dengan harga RM150 sahaja.....(DITANGGUHKAN UNTUK TAHUN 2015)

Monday, May 4, 2015

NCTVETi2015 tarikh 29 dan 30 april 2015,politeknik kota bharu



Tahap Kesedaran Staf Kolej Komuniti Gerik Terhadap Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Di Tempat Kerja
Hazila Shaharuddin
Kolej Komuniti Gerik,
Hazilas@yahoo.com
Nur Afni Bt Hasan
Kolej Komuniti Gerik
nur.afni@kkgri.edu.my
Yusop B Paal
Kolej Komuniti Gerik
Yusoppaal@yahoo.com.my



ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mendapat maklum balas mengenai tahap kesedaran dalam kalangan staf Kolej Komuniti Gerik terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja. Sampel kajian adalah terdiri daripada 58 responden yang dipilih secara rawak daripada Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran. Kajian adalah berbentuk tinjauan yang menggunakan instrumen kajian untuk mendapatkan data iaitu soal selidik. Data dianalisis menggunakan perisian Statistic Package for Sciences (SPSS) versi 11.5. Kesemua data dianalisis dan dikemukakan dalam bentuk analisis statistik secara diskriptif. Taburan peratusan digunakan untuk mengenal pasti latarbelakang responden manakala taburan min digunakan bagi mengenal pasti maklumat tentang kesedaran staf terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap kesedaran terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan berada pada tahap tinggi. Namun penambahbaikan dari segi latihan peralatan perlu ditambahbaik untuk masa akan datang.
Kata kunci: keselamatan dan kesihatan pekerjaan.


Prosiding Seminar Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014) Batu Pahat, Johor, 9 – 10 April 2014



KAJIAN CIRI-CIRI PERSONALITI KEUSAHAWANAN DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI GERIK

Hazila Binti Shaharuddin1, (Mona Rohayu Bt Abdul Karim2, Mimi rohaida Bt Abdul Karim3)

1Program Teknologi Maklumat, e-mail:hazilas@yahoo.com
2Program Fesyen dan Pakaian,e-mail:monarohayu08@yahoo.com
3Program Fesyen dan Pakaian,e-mail:mimierohaida@yahoo.com



Abstrak

Kajian ini merupakan satu tinjauan  ciri-ciri personaliti keusahawanan pelajar Kolej Komuniti Gerik. Responden adalah terdiri daripada pelajar yang mengikuti program Sijil Modular Kebangsaan (SMK) dan program Sijil Kolej Komuniti (SKK) bagi sesi Julai 2011 di Kolej Komuniti Gerik. Seramai 92 orang responden yang terlibat dalam kajian ini, iaitu 36  responden perempuan dan 56  responden lelaki. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Tahap kebolehpercayaan (Alfa Cronbach) yang diperolehi untuk soal selidik ini ialah 0.92 dan data mentah dianalisis menggunakan perisian SPSS Version 19 for windows untuk mendapatkan nilai peratus, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan pelajar Kolej Komuniti Gerik mempunyai ciri-ciri personaliti keusahawanan (Min=3.888, S.D=0.430). Namun demikian terdapat beberapa item perlu diberi perhatian. Analisa T-test untuk faktor jantina tidak mempengaruhi faktor ciri-ciri personaliti keusahawanan dimana nilai-nilai min untuk pelajar lelaki dan perempuan adalah masing-masing 3.864 dan 3.925. Pelajar Kolej Komuniti Gerik mempunyai ciri-ciri personaliti keusahawanan dari perspektif analisa lokus kawalan dan analisa keperluan pencapaian. Namun demikian ciri-ciri ini mestilah dipupuk dan dibimbing seperti mengadakan program berkaitan  nilai-nilai keusahawanan[u1] .

Kata kunci: Ciri-ciri personaliti keusahawanan,Sijil Modular Kebangsaan (SMK),Sijil Kolej Komuniti(SKK),Kolej Komuniti Gerik

 [u1]Ok….diterima…

seminar HEP 2014



Kajian Kompetensi Pelajar Kolej Komuniti
Gerik Sesi Januari 2014 terhadap  pasaran kerja

Hazila Binti Shaharuddin1, Suhaida Binti Borhan2,Yusop B. Paal3

1Kolej Komuniti Gerik,e-mail:hazilas@yahoo.com
2Kolej Komuniti Gerik,e-mail:istiqomah99@yahoo.com
3Kolej Komuniti Gerik,email:yusoppaa@yahoo.com.my

Abstrak

Kajian ini merupakan kajian kompetensi  pelajar Kolej Komuniti Gerik terhadap pasaran kerja. Terdapat tiga faktor yang dinilai iaitu kemahiran akademik,kemahiran berfikir dan kualiti peribadi terhadap kompetensi pelajar kolej komuniti untuk pasaran kerja. Responden adalah terdiri daripada  pelajar yang mengikuti program Sijil Modular Kebangsaan (SMK) semester akhir bagi sesi Januari 2014 yang terdiri daripada program Fesyen dan Pakaian, Servis Kenderaan Ringan dan Aplikasi Komputer di Kolej Komuniti Gerik. Seramai 58 orang responden yang terlibat dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Tahap kebolehpercayaan (Alfa Cronbach) yang diperolehi untuk soal selidik ini ialah 0.91 dan data mentah dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages For the Social Science (SPSS) Version 19 for windows untuk mendapatkan correlation. Dapatan kajian menunjukkan pelajar Kolej Komuniti Gerik mempunyai kompetensi terhadap pasaran kerja (Hipotesis H1 diterima bagi ketiga-tiga item). Namun demikian terdapat beberapa item perlu diberi perhatian. Pelajar Kolej Komuniti Gerik mempunyai ciri-ciri kompetensi dari perspektif kemahiran akademik, kemahiran berfikir dan kualiti peribadi dan  ciri-ciri ini mestilah dipupuk dan dibimbing seperti mengadakan program berkaitan  nilai-nilai kompetensi.

Kata kunci: Kompetensi, Sijil Modular Kebangsaan (SMK), Kehendak Pasaran kerja