Tahap
Kesedaran Staf Kolej Komuniti Gerik Terhadap Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan Di Tempat Kerja
Hazila
Shaharuddin
Kolej
Komuniti Gerik,
Hazilas@yahoo.com
Hazilas@yahoo.com
Nur
Afni Bt Hasan
Kolej
Komuniti Gerik
nur.afni@kkgri.edu.my
nur.afni@kkgri.edu.my
Yusop
B Paal
Kolej
Komuniti Gerik
Yusoppaal@yahoo.com.my
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mendapat maklum balas
mengenai tahap kesedaran dalam kalangan staf Kolej Komuniti Gerik terhadap
keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja. Sampel kajian adalah terdiri
daripada 58 responden yang dipilih secara rawak daripada Jabatan Kejuruteraan
dan Kemahiran. Kajian adalah berbentuk tinjauan yang menggunakan instrumen
kajian untuk mendapatkan data iaitu soal selidik. Data dianalisis menggunakan
perisian Statistic Package for Sciences
(SPSS) versi 11.5. Kesemua data dianalisis dan dikemukakan dalam bentuk
analisis statistik secara diskriptif. Taburan peratusan digunakan untuk mengenal pasti latarbelakang responden manakala taburan min digunakan bagi mengenal pasti
maklumat tentang kesedaran staf terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Dapatan kajian ini menunjukkan tahap kesedaran terhadap keselamatan dan
kesihatan pekerjaan berada pada tahap tinggi. Namun penambahbaikan dari segi
latihan peralatan perlu ditambahbaik untuk masa akan datang.
Kata kunci: keselamatan dan kesihatan pekerjaan.