kami menjual air zamzam 10 liter terus kerumah.penghantaran pos adalah percuma.paling terkini kami juga mempunyai homestay di simpang tiga Parit...kepada yang ingin kenduri,hantar anak ke MRSM Parit...bolehlah singgah dengan harga RM150 sahaja.....(DITANGGUHKAN UNTUK TAHUN 2015)

Monday, May 4, 2015

Tajuk: E-Pembelajaran Pemasangan Dan Penyelenggaraan Komputer Interaktif


E-pembelajaran pemasangan dan penyelenggaraan komputer interaktif  adalah salah satu cara kaedah pembelajaran yang menyenangkan pengajar untuk mengajar kerana ia mempunyai 9 bahagian berbeza diletakkan didalam satu akses. Di dalamnya terdapat bahagian nota, video, flashcard, suai gambar,training course, persiapan, facebook dan borang penilaian. Dengan cara ini menyenangkan tenaga pengajar dan mempelbagaikan pembelajaran kepada pelajar. Tenaga pengajar  perlu menggunakan pendekatan pengajaran yang lebih inovasi dan kreatif  dalam membangkitkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronok bagi pelajar-pelajar .E -pembelajaran ini direka untuk digunakan sebagai alat membantu mengajar (ABM) untuk memudahkan mengajar  subjek yang berkaitan

PERSIDANGAN CONFERENCE,COMPETITION AND EXHIBITION (CCE 2014)



Persepsi Komuniti Setempat Terhadap Informasi Kolej Komuniti Gerik
Hazila Shaharuddin1, Mohd Azli B Adnan2 & Raihan Mokti3
23-23 Jun,Politeknik Seberang Perai




ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengenalpasti persepsi komuniti terhadap informasi mengenai Kolej Komuniti Gerik. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik. Seramai 70 orang responden telah dipilih dari daerah Hulu Perak yang terdiri daripada zon Lenggong, Pengkalan Hulu dan Gerik melalui kaedah persampelan rawak. Kaedah pengumpulan data dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Dapatan kajian mendapati informasi mengenai laluan kerjaya  tidak diperolehi secara keseluruhan oleh komuniti setempat. Elemen laluan kerjaya selepas tamat pengajian di kolej komuniti adalah perlu diberi penekanan semasa menyampaikan info publisiti kepada masyarakat.

Kata Kunci : Komuniti setempat, Kolej Komuniti Gerik, laluan kerjaya


Konvensyen Kebitaraan Junjungan Mulia 2014 (INSAN2014) Gerik, Perak, 6 Mac 2014



penerapan modal insan dalam pnp

Hazila Binti Shaharuddin1,
,Nur afni Binti Abu Hasan2
Aznur Anuar Bin Ab azid3
Kolej Komuniti Gerik




ABSTRAK


Pembangunan insan atau lebih popular lagi kini pembangunan modal insan adalah antara misi utama Islam. Islam mendukung penuh usaha membentuk dan membangunkan manusia berkualiti bahkan konsep kualiti itu sendiri adalah unik dalam Islam kerana ia merangkumkan kedua-dua aspek fizikal dan spiritual, dunia dan akhirat. Setiap aspek ajaran Islam, sama ada yang berkaitan dengan akidah, fekah mahupun tasawuf menekankan pembangunan kualiti manusia yang seimbang. Kini, perkembangan pendidikan terus berkembang, seiring dengan perkembangan dunia dan teknologinya. Perkembangan ini buka hanya mencabar peradaban bangsa bahkan dalam konteks dunia pendidikan, ia juga mencabar kewibawaan dan kredibiliti setiap pendidik. Pendidik yang statik, kaku, beku dan tidak peka kepada kehendak perubahan zaman dan masa, akan terus ketinggalan dalam membina modal insan yang hendak dicapai. Oleh itu, dalam menuju wawasan negara 2035 pendidik perlulah sentiasa memiliki dan mengawasi ilmu dalam pelbagai bidang, memiliki kemahiran yang relevan yang melangkaui pengetahuan dan kemahiran anak didikannya serta kekal dengan jati diri yang terpuji dan berakhlak mulia.Oleh kerana itulah untuk menjadi insan beriman dan bertaqwa serta berguna kepada agama, bangsa dan negara, kita hendaklah memiliki ilmu melalui pendidikan yang sempurna. Pendidikan yang sempurna amat mustahak diberikan kepada anak-anak dan kerana kepentingannya itulah agama Islam telah menganjurkan umatnya supaya menerapkan ilmu agama dan akhlak yang mulia kepada anak-anak sejak mereka dari kecil lagi. Nabi Muhammad (saw) pernah bersabda, tuntutlah ilmu sampai ke negerti China. Sabda junjungan besar umat Islam itu menerangkan kepentingan memiliki ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan dengan penerapan modal insan akan dapat melahirkan generasi yang cemerlang.